BAHAN-BAHAN
1. 3 ekor
sotong - sederhana besar
2. 1 biji
bawang besar - dipotong nipis membulat
3. 2 biji
bawang putih - dihiris nipis
4. 10 biji
cili padi - diketuk
5. 1 sudu
teh garam
6. 4 sudu
teh serbuk kunyit Mak Siti
7. 1 sudu
besar kicap lemak manis
8. 1 sudu
besar sos tiram
9. 1 sudu
teh Serbuk lada hitam Mak Siti
10. Sedikit
air
CARA MEMASAK
1. Bersihkan sotong, buangkan dakwat serta mulut &
matanya, kemudian potong kecil2 membulat, bersih & toskan.
2. Kemudian, gaulkan sotong bersama garam, kunyit, dan
biarkan sebentar
3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan sotong
yang telah diperapkan tadi, kacaukan sebentar.
4. Masukkan pula bawang besar, bawang putih, cili
padi, gaul sebati dengan sotong sehingga layu sedikit.
5. Kemudian masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam, kacau sehingga sebati.
6. Tambahkan sedikit air & masukkan juga kicap
lemak manis.
7. Kacau dan biarkan mendidih sebentar sehingga
kuahnya agak pekat.
8. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.
No comments:
Post a Comment