• This is default featured slide 1 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 2 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 3 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

RENDANG DAGING MAK SITI

BAHAN-BAHAN
1. ½ kg daging pinang
2. 6 biji bawang merah - dikisar
3. 2 labu bawang putih - dikisar
4. 4 inci halia - dikisar
5. 4 inci lengkuas - dikisar
6. 2 inci kunyit hidup - dikisar
7. 4 batang serai - dikisar
8. 1 genggam cili padi – dikisar (bagi yang sukakan kepedasan)
9. Rempah 4 sekawan Mak Siti
10.Rempah Rendang Mak siti
11. 3 cawan santan 
12. Asam jawa
13. Garam 
14. Gula
15. Daun kunyit
16. kerisik Mak siti 
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan dikisar sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah rendang mak siti. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul rata . Kemudian, masukkan santan untuk empukkan daging tadi.
3. Biarkan beberapa minit dan masukkan pula keisik. Gaul sebati.
4. Kemudian masukkan garam, gula dan Air Asam Jawa secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan daging empuk. Untuk lebih menarik, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.


Share:

KURMA AYAM

BAHAN-BAHAN
1.  1 ekor ayam (Dipotong 14 bahagian)
2.  santan daripada sebiji kelapa 
3.  1 pek 25gm rempah kurma Mak Siti (dijadikan pes)
4.  5 ulas bawang merah ditumbuk
5.  2 ulas bawang putih ditumbuk
6.  3 sudu Serbuk Halia Mak Siti
7.  Rempah 4 sekawan Mak Siti
8.  3 biji kentang dibelah kecil
9.  1 biji tomato dibelah empat
10. 4 biji cili merah dibelah
11. 4 biji cili hijau dibelah
12. Garam
CARA MEMASAK
1.Tumis rempah 4 sekawan. Kemudian apabila sudah naik bau masukkan pula bawang merah, bawang putih, serbuk halia dan cili. Tumis sehingga bawang menjadi layu.
2. Setelah itu, masukkan rempah kurma.  Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan santan dan kentang.Biarkan beberap minit untuk kentang masak.
4. Kemudian, masukkan ayam dan gaul sebati.Apabila kentang sudah agak masak, masukkan pula tomato.
5. Tambahkan santan jika mahukan kuah lebih dan masukkan juga garam.
6. Biarkan mendidih seketika.
7. Sedia untuk dihidangkan

                             

Share:

DAGING MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN
1.  ½ kg daging batang pinang
2.  2 batang serai
3.  20 biji cili padi
4.  3 biji ubi kentang
5.  2 sudu serbuk kunyit Mak Siti
6.  2 cawan santan pekat
7.  1 cawan santan cair
8.  1 helai daun kunyit
9.  sedikit garam
10. 1 cawan air
CARA MEMASAK
1Tumbukkan cili api sehingga lumat.
2. Kemudian masukkan bahan yang telah di tumbuk, serai yg telah dititik (ditumbuk sedikit)kedalam periuk.
3. Masukkan juga sedikit santan untuk menumis lada dan serbuk kunyit.
4. Kemudian masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.
5. Jika daging telah empuk dan air telah kering masukkan pula santan. Kemudian masukkan ubi kentang.
6. Apabila ubi kentang telah empuk, tambahkan garam dan biarkan mendidih beberapa minit dan sedia untuk dihidang.



Share:

IKAN MASAK KARI KERING

BAHAN-BAHAN
1.  Ikan (jenis ikan ikut citarasa)
2.  Rempah 4 sekawan Mak Siti
3.  1 paket pek 25gm Rempah kari ikan Mak Siti dibancuh
4.  4 sudu serbuk cili Mak Siti dibancuh
5.  2 Biji bawang besar ditumbuk/dihiris
6.  3 biji bawang putih ditumbuk/dihiris
7.  2 sudu serbuk halia Mak Siti
8.  Serbuk kunyit Mak Siti
9.  Garam
10. Serbuk Perasa secukup rasa
11. 2 biji kentang
CARA MEMASAK
1. Gorengkan ikan bersama kunyit dan sedikit garam. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan.
3. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, serbuk halia, serbuk cili dan gaulkan sebati.
4. Setelah itu, masukkan pula serbuk kari yang sudah dibancuh dan tumis sehingga sebati.
5. Selepas pecah minyak, masukkan sedikit air, garam, serbuk perasa dan kentang biarkan kentang empuk (kentang boleh digoreng dahulu)
6. Kemudian, setelah kering masukkan ikan yang telah digoreng. Gaul sebati.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Share:

SUP SAYUR

BAHAN-BAHAN
1.  1 batang lobak merah (sayur ikut cita rasa anda)
2.  Seikat sayur sawi – dipotong dan diasingkan batang dan daun nya
3.  2 ulas bawang merah –dihiiris
4.  2 ulas bawang putih -diketuk
5.  1 pack 25g Rempah Sup Mak Siti
6.  1 sudu serbuk halia Mak Siti
7.  3 batang cili padi mengikut citarasa masing-masing – ditumbuk halus
8.  2 sudu besar minyak masak
9.  Garam dan serbuk perasa secukup rasa
10. 2 cawan air 
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang putih, bawang besar, serbuk halia
2. Kemudian masukkan dan serbuk rempah sup mak siti dan tumis sehingga garing .
3. Masukkan air dan biarkan air mendidih dengan api yang sederhana
4. Masukkan lobak merah,sawi, garam dan serbuk perasa secukup rasa
5. Tunggu beberapa minit dan sedia untuk dihidangkan
6. Hiaskan sup sayur dengan bawang goreng dan daun sup


Share:

NASI BERIANI REMPAH MAK SITI

BAHAN-BAHAN
1.  5 ulas bawang merah (mayang halus)
2.  4 cawan air rebusan ayam atau boleh guna air biasa
3.  4 cawan beras basmati (cuci bersih dan rendam lebih kurang 20 minit)
4.  3 helai daun pandan simpul (untuk wangi)
5.  2 paket Rempah Beriani Mak Siti (jadikan pes)
6.  1 kiub ayam
7.  minyak masak atau mentega
8.  rempah tumis 4 sekawan Mak Siti (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga)
9.  gajus, daun ketumbar, daun pudina, dan kismis (hiasan)
10. 1/2 cawan susu cair
11. 1/2 ekor ayam (potong sesuai selera)
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bawang merah shingga garing dan sehingga naik bau. Kemudia masukkan paket Rempah Beriyani Mak Siti dan tumis sehingga pecah minyak.
2. kemudian masukan ayam ke dalam tumisan dan gaul sehingga ayam separuh masak. selepas tu masukan beras dan kacau sebati hingga beras separuh masak.
3. Masukan susu cair, kiub ayam, daun pandan, gajus, kismis, dan air. sisakan kismis dan gajus untuk hiasan
4. kacau sekali-kali dan biarkan nasi hingga kering dan bila nasi dah kering kecilkan api, tunggu sampai nasi masak.
5. Akhir sekali, bila nasi dah masak gembur masukkan daun pudina dan taburkan ketumbar, gajus, dan kismis sebagai hiasan.

Share:

IKAN MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN
1.  2 Biji Bawang Besar Dihiris
2.  3 Ulas Bawang Putih Dihiris
3.  2 Batang Lada besar Dihiris
4.  3 Batang Lada cili dihiris (Jika suka Pedas)
5.  1 sudu Serbuk Halia Mak Siti
6.  2 sudu Serbuk kunyit Mak Siti
7.  Garam
8.  3 sudu Rempah Kicap Mak Siti yang telah dibancuh
9.  ikan (jenis ikan ikut cita rasa anda)
10.Asam Jawa/ Asam Keping Jenama Mak Siti
CARA MEMASAK
1. Bersihkan ikan. Kemudian taburkan serbuk kunyit Mak Siti dan sedikit garam.
2, Goreng sehingga kekuningan
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, lada besar dan lada cili.
4. Kemudian taburkan 1 sudu serbuk halia dan gaul sehingga sebati
5. Bancuh Rempah Kicap Mak Siti Bersama Air dan masukkan kedalam kuali tadi.
6. Masukan sedikit air asam jawa / asam keping ke dalam masakan untuk lebih sedap dan rasa.
7. Boleh tambahkan sedikit garam atau tidak perlu kerana ikan sudah digaul bersama garam.
8. Masukkan ikan yang sudah siap digoreng dan gaul sebati
9. Sedia untuk dihidangkan.

Share:

SOTONG GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN
1.  3 ekor sotong - sederhana besar
2.  1 biji bawang besar - dipotong nipis membulat
3.  2 biji bawang putih - dihiris nipis
4.  10 biji cili padi - diketuk
5.  1 sudu teh garam
6.  4 sudu teh serbuk kunyit Mak Siti
7.  1 sudu besar kicap lemak manis 
8.  1 sudu besar sos tiram
9.  1 sudu teh Serbuk lada hitam Mak Siti
10. Sedikit air
CARA MEMASAK
1. Bersihkan sotong, buangkan dakwat serta mulut & matanya, kemudian potong kecil2 membulat, bersih & toskan.
2. Kemudian, gaulkan sotong bersama garam, kunyit, dan biarkan sebentar
3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan sotong yang telah diperapkan tadi, kacaukan sebentar.
4. Masukkan pula bawang besar, bawang putih, cili padi, gaul sebati dengan sotong sehingga layu sedikit.
5. Kemudian masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam, kacau sehingga sebati.
6. Tambahkan sedikit air & masukkan juga kicap lemak manis.
7. Kacau dan biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
8. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.

Share:

SAMBAL PETAI

BAHAN-BAHAN
1.  Ikan Bilis
2.  2 biji Bawang Besar ditumbuk/dihiris
3.  3 ulas Bawang Putih ditumbuk/dihiris
4.  5 sudu besar Lada Kisar Mak Siti
5.  Petai (kulit dikikis, kuantiti ikut kesukaan anda)
6.  Garam
7.  Serbuk perasa
8.  Asam Keping jenama Mak Siti
CARA MEMASAK
1.  Panaskan minyak dan goreng petai sehingga kuning.
2.  Angkat dan toskan petai.
3.  Selepas itu, gorengkan Ikan bilis menggunakan minyak yang sama..
4.  Kemudian, setelah ikan bilis agak garing, masukkan bawang besar, bawang putih ke dalam ikan bilis yang digoreng tadi.
5.  Kemudian Masukkan Cili Kisar Mak Siti Kedalam kuali
6.  Selepas itu Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
7.  Apabila sudah pecah minyak, masukkan petai yang telah digoreng dan gaul sebati
8.  Selepas itu masukkan asam keping kedalam masakan untuk menambah rasa.
9.  Angkat dan sedia untuk dihidang.

Share:

RENDANG AYAM

BAHAN BAHAN
1.  2 ekor ayam
2.  1 kg bawang merah - hiris
3.  3 labu bawang putih - hiris
4.  4 inci halia - hiris
5.  4 inci lengkuas - tumbuk
6.  2 inci kunyit hidup - tumbuk
7.  4 batang serai - titik
8.  4 senduk cili kisar Mak Siti
8.  Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang (Mak siti)
9.  Rempah Rendang Mak siti
10. 4 kg santan 
11. Asam jawa
12. Garam 
13. Gula
14. Daun kunyit
15. Sedikit kerisik Mak siti 
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. 
2. Kemudian masukkan cili kisar, rempah rendang mak siti dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.
3. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair untuk ayam masak dan masak dengan api perlahan sahaja. 
4. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan Air Asam Jawa secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Untuk lebih menarik, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.
Share:

SUP SOTO

BAHAN – BAHAN
1.  Rempah Soto Mak Siti
2.  Sup Bunjut Mak Siti
3.  Daun Sup
4.  2 biji Bawang Besar ditumbuk
5.  4 ulas bawang putih ditumbuk
6.  Rempah 4 sekawan Mak Siti
7.  5 biji cili padi ditumbuk kasar
8.  Garam secukup rasa
9.  Serbuk perasa
10.Serbuk Halia Mak Siti
11.Ayam
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dan masukkan rempah 4 sekawan didalam kuali.
2. Kemudian, tumiskan bawang besar, bawang putih, dan serbuk halia.
3. Tumis beberapa minit dan masukkan serbuk soto yang telah dibancuh.
4. Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan air kedalam tumisan tadi
5. Selepas itu, masukkan sup bunjut, garam dan serbuk perasa ke dalam kuah sup.
6. Akhir sekali masukkan ayam dan biarkan meddidih.
7. Hidangkan bersama mee, kacang tanah, tauge, soon goreng, bawang goreng,daun sup, ayam carik, sambal kicap dan begerdil.


Share:

KARI KEPALA IKAN TANPA SANTAN

BAHAN-BAHAN
1.  Kepala ikan (ikut pilihan anda)
2.  Bendi
3.  3 biji bawang merah dihiris
4.  2 ulas bawang putih dihiris
5.  1 sudu serbuk halia Mak Siti
6.  1 tangkai Daun Kari
7.  Tomato belah 4
8.  3 sudu serbuk kari ikan Mak Siti – dibancuh
9.  Garam
10.Air Asam Jawa
11.Halba campur Mak Siti
12.Serbuk perasa
CARA MEMASAK 
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari ikan dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
4. Kemudian masukkan ikan dan bendi.
5. Tambahkan garam dan serbuk perasa.
6. Akhir sekali barulah masukkan air asam jawa dan tomato.
7. Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.

Share:

Unordered List

  • Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit.
  • Aliquam tincidunt mauris eu risus.
  • Vestibulum auctor dapibus neque.

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

  • Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit.
  • Aliquam tincidunt mauris eu risus.
  • Vestibulum auctor dapibus neque.

Pages

Theme Support

Need our help to upload or customize this blogger template? Contact me with details about the theme customization you need.