Taraaaa!!! Hah yang ni dah siap.boleh la makan bersama sambal kicap..
Bahan-Bahan Sambal Kicap
1. 10 Biji Lada Cili
2. 2 Ulas Bawang Putih
3. Sedikit Kicap (Agak-Agak)
4. 2 Sudu Gula
5. Secubit Garam
Cara Membuat sambal Kicap
1. Tumbukkan Cili Padi dan bawang putih bersama.
2. Kemudian, masukkan gula dan tumbuk sehingga gula hancur.
3. Akhir sekali, masukkan kicap dan gaul sebati.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama Mee Sup.
Mak Siti guna produk Rempah Ratus Mak Siti
tau..selamat mencuba!! sedapp yang penting halal tau...
cuba jangan tak cuba!!
Bahan-Bahan Sup
1. 1 pek 25gm Rempah Sup Mak Siti dijadikan pes
2. 1 pek Sup Punjut Mak Siti
3. Rempah Tumis Mak Siti
4. Ayam dipotong kecil
5. 1 Biji Bawang Besar ditumbuk
6. 3 Ulas Bawang Putih ditumbuk
7. 1 Inci Halia ditumbuk
8. 3 Biji Kentang Dibelah Kecil
9. 1 Biji Lobak Dibelah Kecil
10. Bawang Goreng
11. Daun Sup
12. 1 Paket Mee Kuning
13. 2 cawan air
14. Minyak Masak
15. Garam
Cara Memasak Sup
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Kemudian,
tumiskan rempah tumis seketika.
2. Setelah itu, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia
yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan
pula Rempah Sup yang telah dijadikan pes dan gaul sebati. Tumiskan seketika.
4. Selepas
beberapa minit menumis, masukkan air ke dalam tumisan.
5. Masukkan Kentang dan lobak. Biarkan beberapa minit dan
masukkan pula ayam yang telah dipotong kecil.
6. Kemudian, letakkan garam secukup rasa dan sup
punjut.
7. Biarkan sup mendidih sehingga sayur dan ayam empuk.
8. Celurkan mee bersama air panas. Hidangkan Sup anda bersama
bwang goreng dan daun sup sedia untuk dihidang.